2013- Apa Yang Ingin Aku Capai?

on Saturday 19 January 2013

target 2013
Pencapaian 2013 : Rasanya, belum terlambat lagi aku nak buat target untuk tahun 2013 ni.Lagipun, target ni dari hujung tahun lepas dah aku set. Cuma hari ini baru tulis dalam media elektronik. Selalu aku tulis dalam kepala je.

Bagi aku, tahun 2013 ini, aku dah set untuk capai perkara-perkara yang sepatutnya aku dah capai sekian lama, sekiranya aku fokus dalam apa aku nak buat. Tapi biasalah manusia, mudah mengaku-kalah pada situasi dan juga tekanan.

Namun, aku berazam untuk tahun 2013 ini, menjadi tahun yang lebih baik dari yang lepas-lepas dan juga menjadi pencetus kebangkitan untuk tahun-tahun hadapan.Jadi, apa senarai pencapaian yang aku dah set untuk tahun 2013 ini:

  • Sambung belajar
  • Target pendapatan dari perniagaan internet tidak kurang dari RM 1,000 sebulan.
  • Membeli rumah untuk keselesaan dan aset
  • Dapat simpan RM 10,000 dalam ASB untuk tahun 2013
  • Menghabiskan separuh hutang iaitu RM 100,000

Sambung Belajar

Kalau nak diikutkan, niat untuk sambung belajar ni dah lama.Tapi asyik tertangguh sejak dari sebelum kahwin, sampailah dah ada anak 2.Tapi tahun ni, InsyaAllah, sebelum bulan Mei 2013 ini,aku dah target nak sambung belajar.Pilihan yang ada, mungkin sambung belajar di UiTM PJJ @ OUM.

Target sambung belajar ni, bukan hanya nak menambah pengetahuan, tapi untuk meningkatkan dan menaikkan taraf hidup keluarga kepada yang lebih baik.

Pendapatan Internet RM 1,000 Sebulan

Ini juga antara merupakan target penting aku untuk tahun ini. Alhamdulillah, setakat ini, aku bersyukur segala usaha keras aku mula menampakkan hasil.Pendapatan utama aku sekarang ni, hanya dari Google Adsense.Setakat ini, berjaya dapat dalam RM 400 sebulan.Cukuplah buat tambahan untuk tampung susu anak dan pampers.Selain makan gaji, pendapatan internet ini boleh beri aku peluang untuk tambah simpanan dan tampung lompong-lompong hutang yang ada.

Hasil pendapatan Adsense tersebut hanya untuk 1 blog sahaja.Jadi, tahun ini aku target untuk tambahkan satu lagi blog, yang memang dah lama aku nak buat niche ni.Cuma, aku tak nak jadi macam dulu-dulu.Nak buat semua benda dalam satu masa.Kali ini, aku tumpu satu-satu.Bila yang lagi satu dah nampak ok, baru aku mulakan satu lagi blog.Dan rasanya, tahun ini, aku boleh tambah satu lagi blog sebagai punca pendapatan tambahan.

Membeli Rumah

Beli rumah ni, dah berapa kali tertangguh.Loan tak lepas, kalau yanglepas loan jauh pula dari tempat kerja, dan macam-macam lagi. Jadi tahun ini, aku akan cuba start small.Mungkin dulu sibuk nak cari rumah teres sederhana 3 bilik, tapi aku dah mula menerima untuk mencari-cari pangsapuri. Ikut rezeki yang ada.Yang penting, anak-anak dan isteri aku ada tempat berlindung.

Daripada aku sibuk bayar sewa rumah RM 400 sebulan, baik aku bayar rumah sendiri.Bayangkan jelah RM 400 sebulan tu, darab dengan 5 tahun. Dah RM 24,000 aku tolong orang bayar rumah.Tak ke rugi? 

Simpanan ASB RM 10,000

Okay, ini memang serius.Aku memang target dapat simpan ASB RM 10,000 untuk tahun 2013 ini.Ramai kawan-kawan kata kenapa tak buat loan ASB je.Lagi mudah dan sebagainya. Bagi aku, masing-masing ada cara tersendiri. 

Ada punya sebab sendiri.Aku bukan kaya macam kawan-kawan yang lain. Jadi, disiplin nak membayar menjadi masalah.Tapi, yang penting, tak kisah la berapa duit yang tinggal masa hujung bulan, aku akan masukkan dalam ASB. Setakat ini,dah ada RM 2,000, jadi, aku perlu target RM 8,000 lagi untuk cukupkan target.

Bayar Separuh Hutang RM 100,000

Wow, banyaknya! Ya, itulah hakikatnya orang yang tak kaya macam aku.Tapi aku tetap bersyukur dengan segala nikmat pemberiannya. Hutang-hutang ini pun, bukan salah sesiapa. Salah sendiri masa usia muda.Terlalu mengikut nafsu.

Aku sendiri tak tahu macamana nak cari atau bagaimana nak buat untuk mencapai target nak bayar hutang tu.Tapi, aku harap, blog yang sedia ada da satu blog baru aku itu nanti, dapat bukakan peluang untuk aku capai target aku ni.

So, ini target aku, apa target korang pula untuk tahun 2013 ni? 
 
© En.Ahmad-Internet dan Kehidupan All Rights Reserved